Tuesday, May 13, 2008

KETIKA

Ketika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia, Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja, Allah AWT sedang menunggu bersamamu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah SWT sudah punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tak masuk akal dan kau merasa tertekan, Allah SWT dapat menenangkanmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu, Allah SWT selalu berada di sampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya, dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan, Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum. Ketika tiba2 kau dapat melihat jejak-jejak harapan, Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban, Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat, di mana pun kau atau ke mana pun kau menghadap, Allah SWT Maha Mengetahui.


hehehe dicopy dari Majalah Ujang keluaran 1 Mei 2008..jgn ingat tu majalah kartun jer tau...ayat2 motivasi pun ada....ini ayat2 untuk memotivasi diri nih.....



"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baikbuatmu..Oleh itu bersangka baiklah dalam apa jua keadaan,kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA.."


gambar hiasan sahaja....









bila la nak dapat peluang berguling2 kat ladang tulip nih heheheh



2 comments:

Nur Diana Syahira.. said...

hai nak belakon dlm kush2 hotahe ke?

safa said...

boleh jugak kalo ada peluang....nak join ker? hihihihik