Monday, February 2, 2009

CINTA?

Cinta itu indah . Hanya satu kata tapi menyimpan beribu makna. sebuah rasa yang begitu dalam sehingga tidak dapat dilukiskan kecuali ketika berada di dalamnya. Cinta itu indah. Berada di ruang kehidupan yang luas. Tidak ada yang dapat menampungnya dan merasakan ketulusannya kecuali jiwa yang sederhana dan mahu merasakan, menerima cinta apa adanya.
Cinta itu amanah, amanah yang tidak ringan. Amanah yang tidak mudah dijaga dan dibawa kesuciannya hingga ke akhirat kelak. Bahkan ketika menulis kata cinta ini pun terasa tidak mudah.
Cinta itu tidak terlihat, kerana para pencinta sejati hanya mengenal satu pekerjaan besar dalam hidup mereka, memberi. Bahkan mungkin kita sendiri tidak mengetahui bahawa cinta saat ini sedang memberi. Bahkan mungkin kita sendiri tidak menyedari bahawa walau kita menyakiti, ia akan terus memberi. Terus memberi tanpa pernah terhenti. Kalau kita mencintai seseorang dengan tulus, ukuran ketulusan dan kesetiaan cinta kita adalah apa yang kita berikan padanya untuk membuat kehidupannya menjadi lebih baik.
Cinta itu tidak terlihat, dan terkkadang baru terlihat ketika dalam ketiadaan. Ketiadaan yang memberikan erti bahawa ia ada. Ketiadaan bahawa kita baru saja kehilangan yang selama ini memberi erti kepada kita. Wujudnya ia memberikan kita satu nafas dan kehilanggannya kita searasa kehilangan separuh nafas kita...
korang jgn tertipu, ini bukan aku yang tulis...ini aku celup dari Majalah Ujang 1 Feb 09...hehehe...aku mana tau tulis camnih...saja jerk...hehee...bukan apa..nak balik cepat pun takleh sbb ujan...jd aku buat keje jap pastuh update blog...heheh la nih ujan dah benti...jam pun dah 6.45pm so bleh la balik hihihi

1 comments:

mommy anis said...

ko nih...suka wat entry suspen laa lynn...