Tuesday, April 22, 2008

MQA Launch

erm...ni pun cerita lama...Pelancaran MQA pada 2 November 2007. Actually idea penubuhan MQA ni dah tercetus sejak tahun 2005. LAN yang berfungsi mengawal jaminan kualiti pengajian tinggi swasta dan Bhg Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengawal kualiti program IPTA akan digabungkan di bawah satu entiti yang dinamakan sebagai MQA. Nama penuh dia Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency).

Banyak benda kene buat dalam proses nak establish MQA nih...dalam 2006-2007 tu banyak sangat benda kene buat...akta MQA (aku tak telibat la) tapi sikit2 tempiasnya kene gak...dok Parlimen tolong jd pencatat masa perbahasan undang2 MQA ada gak.....pastuh justifikasi perjawatan..yer lah nanti nak mintak more staf dari JPA kene ler buat justifikasi...huh berkajang2 bengkel dibuat, berversi2 ..perbincangan peringkat unit/bhg, aku lak masa tu dok Unit Penarafan (Rating)...aku lak sorang pegawai kat situ..lepas aku..aku lagi kene buat....pastuh siap berubah2 lak tu...sekejap cenggitu, sekejap cenggini...masa tu aku rasa ramai sangat orang hidup dalam stress...termasuk aku heheheh rasa nak gaduh jerrrr hihihih...tapi semuanya berbaloi bila akhirnya pada 2 November 2007 MQA dilancarkan jugak...


masa hari pelancaran tu sedey lak rasa masa Menteri melancarkan MQA menggantikan LAN...aku sayangkan (dan kebanyakan staf sedia ada) LAN berbanding nama yang dipilih...MQA...macam perlu banyak kali bukak mulut nak sebut...3 suku kata berbanding LAN satu suku kata jer heheheh...sampai sekarang pun stakeholders masih menyebut kitorang sebagai LAN. LAN di hatiku hehehehe sebab sinonim dengan LIN heheh aku ler tuh....perasan


suka atau tidak MQA telah jd kenyataan setelah genap 10 tahun LAN ditubuhkan...LAN start tahun 1997. Hidup tetap perlu diteruskan. LAN biarkan kita simpan dalam kenangan.....




masa ni menteri berucap merangkap perasmian...





montaj masa pelancaran...dari LAN



ke MQA...sedey masatuh iskiskisk...tp sebenarnya logo ni tak jauh beza pun sbb fungsi masih sama..jaminan kualiti program IPT cuma diluaskan kepada IPTA sekali...berbanding sebelum ini hanya IPTS sahaja...ermm



sedey sekejap yo pastuh ceria balik bila masing2 cbuk berposing heheheheheh





den sajo nak menggayokan blazer baru den buek maso kat Bangkok Mac 07....hahahah masa tu join pegi buat Benchmarking kat Mahidol University heheheh..cantik tak? mamancar2 kilatnyo...kihkihkih







macho tak den? hahahahah



pastuh kitorang makan dan balik.....lupa lak nak cakap pelancaran ni buat kat PICC, Putrajaya hehehehe...

0 comments: