Saturday, November 21, 2009

merenung bulan

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang tampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti

Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga

Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan


very meaningful words...kalo rasa nasib orang lain lebih best dan rasa nasib diri sendiri kurang best...bolehla counter balik perasaan nih hehhe....yer ke best jd orang lain? ke lebih best jd diri sendiri? sebenarnya ada part2 dalam hidup ni best menjadi diri sendiri, ada part2 yang lain, menjadi orang lain tu cam lebih best, tuhan tu adil kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya.. kita manusia je kadang2 mempertikaikan takdir...sumer yang ditakdirkan, adalah yang terbaik utk diri kita...yakinlah pada rahmat tuhan

0 comments: